Monday 25 August 2014

Taubat Nasuha

>Taubat adalah cara kita untuk memohon keampunan. Begitu mudah untuk kita mengucapkannya namun sejauh mana tindakan kita. mengapa begitu susah untuk untuk bertaubat?
> Mengapa begitu sukar meninggalkan tabiat lama?
> Mengapa taubat itu hanya terlafaz di bibir, menangis namun diulangi lagi?
> Masih adakah lagi Keampunan untukku?
> Mengapa diri ini senang saja untuk menasihati orang lain tetapi sukar untuk menasihati diri sendiri?
> Mengapa begitu sukar?
Tidak ku tahu bagaimana ingin meneruskan hidup..
Luahan hati ini biarlah hanya disini dan Allah itu lebih mengetahui..
ya, aku akui hanya Allah tempat untuk kita mengadu. Namun aku mencari seseorang yg mampu memahami hati ini. Aku sudah menemuinya namun aku tahu. Aku x mahu dia terbeban dgn luahan ku. Jadi biarlah kesedihan ini, ku coret disini. Kerana dri dlu mmg ku suka begini.

ku rindukan belaianMu Allah, adakah aku terlalu jauh sehimgga tidak lagi dpt merasakan belaianMu. Aku rindukan aku yg dlu, berdiri sendiri, menangis sendiri, jatuh bangun sendiri. Kenapa sekarang lebih suka mencari org yg bole memahamiku. ingin sekali aku Merasai nikmatya belaianMu Allah, Allah, Allah, Allah...
Ku inginkan mencintaiMu sahaja...
Ku inginkan belaianMu Allah
Ku inginkanhanya Engkau ya Allah...
mafi qalbi gairullah...
Allahu Akbar...
Allah .................

Saturday 8 February 2014

Apabila cinta bersemi, 
Hati merasa seperti puteri, 
Hilang derita di dalam diri,
Seakan dunia tak akan terhenti,

Namun, 
cinta itu tidak terperi,
jika kita cintakan Ilahi,
terasa seperti bidadari,
yang berjumpa dengan sang Kekasih.

Namun, sekali lagi..
Bukan mudah untuk mengecapi,
perlukan pengorbanan hati dan rohani,
amalan dan perbuatan menjadi bukti,
bukan hanya lisan kendiri..

Apabila mencapai cinta yg hakiki,
pahit itu bagaikan madu dlm diri,
ranjau & derita tak akan dipeduli,
Agar bekalan penuh menemuiNya sang Kekasih

Friday 10 January 2014

NIAT & IKHLAS

Topik ni sering  kita dengar kat mana-mana sahaja. Kadang-kadang kita selalu dengar orang cakap REFRESH niat kita. But why?

Hal ini kerana apa sahaja benda yang kita lakukan adalah bersandarkan pada niat kita. Jika niat kita kerana Allah, insya Allah ganjaran pahala itu ada tapi hanya Allah pula yang tahu sama ada kita ikhlas atau tidak atau hanya untuk menunjuk-nunjuk.
Kita selami hadis ini, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud
“daripada Amirul Mukminin, Abu Hafsh Umar bin al-Khattab r.a berkata,” saya mendengar Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung kepada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang  (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Barangsiapa hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan Allah & Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa hijrahnya kerana dunia yg diinginkannya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya (akan dinilai sebagaimana) yang dia niatkan.”

HR ABU ABDULLAH MUHAMMAD BIN ISMAIL BIN IBRAHIM BIN AL-MUGHIRAH & MUSLIM BIN AL HAJJAJ BIN MUSLIM AL QUSYAIRI AN NAISHABURI



So, rasa-rasa apa niat kita hari ni? Ikhlas or tidak, jawapannya hanya Allah yg tahu tapi yg penting jom kita refresh niat kita balik. Take 5 okay. Alright, its done. So , we go to the next step.Jom kita amalkan sunnah Rasulullah saw…

ADAB BANGUN TIDUR
  1. Menyapu tangan ke muka
Hadis Nabi saw yg bmaksud” Rasulullah saw bgun tidur, kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangannya.” (HR MUSLIM)
  1. Berdoa
Huzaifah meriwayatkan. “ dan setiap kali bgun tidur, baginda berdoa:”Alhamdulillah hil lazi ahyana ba’da ma amatana wa ilaihin nusyur”

Maksudnya:’ segala puji bagi Allah yg telah menghidupkan kami setelah sebelumnya mematikan kami dan kepada-Nya lah (kami) dibangkitkan.” HR AL TARMIZI
  1. Bersugi
Dalam sebuah hadis yg bermaksud” Apabila Rasulullah saw bangun drpd tidur, Baginda akan membersihkan mulutnya dengan bersugi” ( Muttafaq ‘alaih)

  1. Membasuh kedua-dua tangan sebanyk 3 kali
Rasulullah saw bersabda yg bermaksud.” Apabila salah seorang daripada kamu bangun  daripada tidur, maka basuhlah tangan kamu terlebih dahulu 3 kali sblum memasukkan kedua-dua tangan ke dalam bekas, kerana kamu tidak tahu di mana tangan kamu berada ketika sedang tidur,” (Muttafaq ‘alaih)

  1. Beristinthar

Rasulullah saw bersabda yg bermksud “ Apabila seorang antara kalian bangun tidur, maka berwuduklah dan kemudian beristintharlah sebanyak 3 kali kerana syaitan bermalam di batang hidungnya.(HR AL BUKHARI)

Wednesday 8 January 2014

KEPIMPINAN MERUPAKAN AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB

      Daripada Ibnu Umar r.a bahawa Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud

"Setiap kamu adalah pemimpin & setiap kamu adalah bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang ketua negara adalah penjaga & dia bertanggungjawab terhadap rakyatnya, seorang suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anaknya dan dia bertanggungjawab terhadap keluarganya, seorang isteri adalah penjaga rumahtangga suaminya dan dia bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya, seorang khadam adalah penjaga harta tuannya dan dia bertanggungjawab terhadap dipimpinnya"

HR: AL BUKHARI
 
 hadis di atas menunjukkan betapa kita adalah pemimpin yang mana tanggungjawab ini bukan hanya disandarkan pada orang yang memegang jawatan yang tinggi tanpa mengenal jantina seseorang itu. Kepimpinan adalah satu amanah dan tanggungjawab yang Allah berikan kepada kita sebagai manusia di muka bumi ini. Namun terdapat beberapa panduan untuk kita teladani iaitu:-

1. Dilaksanakan, dipertanggungjawabkan dan x boleh diterima dan dipikul secara lewa
-kita mesti memikulnya kerana ingatlah firman Allah swt yang bermaksud :-

"Sesungguhnya, Kami telah mengemukakan amanah (tanggungjawab agama) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang x dpt menyempurnakannya. Pada ketika itu, manusia( dgn persediaan yg ada padanya) sanggup memikul amanah itu. (Ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan amat bodoh"

SURAH AL-AHZAB:72

So, insya Allah kita cuba sedaya upaya ya.

2. Bukanlah satu perkara yang diminta-minta atau ditagih

Rasulullah saw pernah menegur seorang sahabat bernama Abdul Rahman bin Samurah kerana meminta dilantik ke suatu jawatan. Baginda saw menasihatinya dengan bersabda:-

"Janganlah kamu meminta jawatan kerana apabila kamu diberi jawatan itu kerana meminta-minta, maka kamu akan dipertanggungjawabkan jawatan itu sepenuhnya akan tetapi jika kamu diberi jawatan itu tanpa meminta maka kamu akan dibantu untuk melaksanakannya."

HR: AL-BUKHARI

3. Tugas besar yang perlu persediaan rohani dan jasmani.

Abu Dzar pernah bertanya kepada Rasulullah saw yg bermaksud:-

"Abu Dzar : wahai Rasulullah saw kenapa engkau tidak memberi jawatan pada saya?
Rasulullah saw: ya Abu Dzar, sesunggunhya engkau ini lemah dan jawatan itu amanah, pada hari kiamat ia akan menjadi penghinaan dan penyesalan kecuali bagi orang mengambilnya dengan haknya dan menunaikan hak jawatan yang menjadi kewajibannya"

HR: MUSLIM

TU JE, insya Allah kita kongsi ilmu yg ada. if ada salah. maaf ye.
love u all lillahitaala.

Thursday 9 May 2013

NIKMAT ALLAH

Dipetik daripada surah ar Rahman yg berbunyi:

 Maka nikmat TuhanMu yang manakah kamu dustakan?   فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
 
Betapa indahnya maksud ayat ini, yang mengingatkan kita bahawa nikmat Allah itu sangat penting dalam kehidupan. Ayat ni diulang beberapa kali lebih kurang 30 kali dalam surah ini. Namun, berapa ramai yang ingat dan memahami maksudnya. Manusia sering mengeluh apabila berada dalam kesusahan, dan terlalu gembira dalam kesenangan.
 
Teringat kata dari seorang kawan iaitu, dugaan yang paling senang adalah kesusahan manakala dugaan paling susah adalah kesenangan. Analoginya sangat senang, apabila kita dalam kesusahan, kita akan sentiasa mengharapkan rahmat Allah swt. Diwaktu kita melepasi situasi kesusahan tersebut kita akan bersyukur dan sangat gembira dengan nikmat Allah. Tapi jangan lupa, jika kita rasa kita miskin sebenarnya ada lagi golongan yang lagi miskin. tapi itu hanya miskin, anggota tubuh badan masih sempurna bermaksud kudrat kita masih ada untuk mencari rezeki dan merasai nikmat Allah yg lain. Bagaimana pula mereka yg dilahirkan dengan keadaan TIDAK SEMPURNA? Mereka cacat, kudung kaki, kudung tangan dan mungkin istimewa? Tetapi golongan ini mampu lagi meneruskan hidup, sentiasa bersyukur dgn NIKMAT ALLAH. Mereka memanfaatkan apa yg mereka ada.

Sebab itulah Allah menekankan ayat ini yg bermaksud "Maka nikmat TuhanMu yang manakah kamu dustakan?". itu baru kesusahan, tetapi ada juga yg lupa dan sering mengeluh padahal ia tidak sedar nikmat Allah tidak pernah putus. Buktinya ?/????? Oksigen yang sentiasa kita sedut setiap hari, perjalanan darah dalam tubuh badan tak pernah berhenti sebelum ajal, keupayaan untuk berdiri, baring dan duduk. Malah kita masih mampu makan walaupun hidangan itu tidaklah semewah yg diimpikan. Nikmat apa lagi yg kita mahukan?
 
Manusia tak akan pernah rasa cukup dan sgt DEMANDING. Selepas satu yang diperoleh, dia ingin yg lain lagi. sekarang kita lihat pula analogi kesenangan. Ramai orang yang memiliki banglo, kereta mewah seperti limousin, mercedez dan syarikat yg megah. Malah tersenarai dalam golongan terkaya, billionare, millionare. Wahhhhh,  sangat hebat. Tapi ada juga segelintirnya, masih lagi tidak cukup dengan nikmat itu padahal harta tak mampu di bawa mati tapi harta yang dimanfaatkan akan membantunya ketika mati nanti.
 
Hmmm, rasanya tu jak yg dapat saya coret hari ini. Maaf jika saya salah, pohon keampunan dari Allah. Thank Allah.

Monday 6 May 2013

SOLAT ITU TIANG AGAMA

Assalammualaikum wbt..

Selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w, bersyukur kepada Allah kerana ari ni, saya mendapat kekuatan untuk menulis lagi di blog ini. Kepada sesiapa yg terbaca blog ini, alhamdulillah kerana sudi membacanya. Ini adalah cara saya untuk meluahkan apa yg x mampu di ungkapkan secara lisan kepada orang ramai. istighfar banyak kepada Allah, dan memohon keampunan kepada Nya jika apa yg saya tulis ini membawa salah.


Solat adalah tiang agama, bermaksud solat itu amat penting kerana ianya adalah perintah Allah. Mudah bukan, namun kita yakinkah solat kita diterima atau tidak?

kalau lah saya ingin bertanya, tahukah kamu syarat wajib solat?... let me think first.
Hanya 5 perkara saja iaitu
 (1) beragam ISLAM,
(2) Suci drpd haid & nifas
 (3) Berakal, org yg tidak berakal tidak wajib solat,
(4) Baligh, antaranya adalah keluar air mani atau mimpi bersetubuh atau mulai keluar haid bagi perempuan. Kanak2 yg belum baligh, maka wajiblah ke atas walinya menyuruhnya solat ketika usianya 7 tahun  & boleh dipukul jika dia meninggalkannya jika di berusia 10 tahun.
(5) berada dalam kesedaran ( tidak tidur). Orang yg tidur dan orang yg lupa tidak wajib solat,
 
Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud " Orang yg terlepas dr hukum 3 golongan iaitu kanak-kanak hingga dia dewasa(baligh), orang yang yang tidur sehinggalah dia bgn dari tidurnya dan org yg gila sehinggalah dia sembuh."
 
 
Tinggal solat kerana tidur atau terlupa plak, maka wajiblah dia solat apanila dia bangun atau dia ingat dan dia tidak berdosa. Solat org yg lupa atau tidur bukan niat Qada' tetapi niat adaan (tunai).

Itu saja kali ini.. bila ada kelapangan atas izin Allah, akan ada lagi kesinambungannya.

Sunday 27 January 2013

Siapa Aku?

assalammualaikum...

terasa kerdilnya aku rasakan kini, aku tak berdaya nak meluahkan aku malu pada Yang Maha Pencipta.. apa yg telah aku lakukan, apa yg telah ku tuliskan masih tidak mampu megubah diriku. Aku x tau apa yg patut aku lakukan, semuanya jadi serba x kena. Nak diam susah, nak berkata pun susah. Aku x tau lagi mengapa selalu macam ni. mengapa aku terus begini. Hanya Allah yg tau betapa seksanya hatiku. Aku cuba melakukan kebaikan, mengajak orang melakukan kebaikan namun hakikatnya aku masih umpama kaca yang bertempiaran. Sering kali aku mengukir senyuman walaupun pahit tetap ku telan.

Hari-hariku ku lalui dengan azam aku kena berubah tapi tersungkur semula. Aku cuba menyibukkan diri, aku cuba sekali lagi berdiam diri, dan aku cuba untuk menasingkan diri. Tapi semuanya pedih kerana hatiku masih lagi bersedih. Mungkin ada sebabnya ini terjadi, mungkin ada sebabnya mengapa ini menghimpit diri. Ya Allah , sesungguhnya aku seorang yang lemaH di pandngan Mu. Bantulah aku dalam menuju keredhaan Mu,bantulah aku untuk memperbetulkan segalanya.
 
ASTAGHFIRULLAHAL AZIM, ALLAZI LAILAHA ILLAH HUWAL HAIYUL QAIYUM WA ATUBU ILAIK...